Selasa, 28 Disember 2010

jumaat yang indah,, berjalan terasa jauh,,

Folder images diselongkar kejap,,
dan beberapa image telah menarik perhatian,,
lalu teringat kisah jumaat yang dah lepas3,,

mood: beberapa hari sebelum paper subjek teras,,


hari cuti,,
kampus kosong,,
suhu sangat sejuk,,
dan yang paling penting,, takde bas yang nak mengangkut pergi balik,,

kebetulan,,
kami anak Melaka ingin stay sampai petang kat kampus,,
dan bersetuju untuk naik teksi,,
tapi,,apakah malang nasib
sehinggakan tiada teksi yang lalu,,
jadi kami telah menggunakan sepasang kaki yang kami ada,,




kau kiri, aku kanan,,kau di hadapan aku di belakang,,


menjejak bayang 3 anak Melaka,, lala..



minum air tak ajak?? ;))

Mujur ade sebuah teksi lalu,,

agak penat,,,,,
mungkin lain kali kita boleh buat konvoi jalan kaki beramai-ramai,,
melibatkan semua negeri,,
lalalaaa,,,

~end~

Isnin, 1 November 2010

bukan TOO SERiOUS too soon,, tapi saya baru sedar,,

Pagi-pagi lagi sekitar pukul 9,,
otak telah dipaksa untuk merekacipta fakta baru,,
fakta2 sebenar subjek History in Medicine bertukar menjadi = subjek : my exam paper, my History,,
seakan-akan menulis bibiliografi diri sendiri,,

khusyuk dan penuh kesungguhan menjawab soalan,,
bagi memberi nilai tambah kepada fakta yang sedia ada (agar lebih dramatik),,
tapi tibe2: ust Kashfun lalu sambil berkata,,
"kamu nie, pelajar tahun 2 ke tahun 4?"

aisy,,
tergamam seketika(rasa sangat lawak)
terasa ingin berkata : of coz lah sy lebey kelihatan muda dari senior tahun 4,, ;P
hehe



pukul 2.30 petang :
bayangkanlah,,otak kini dipaksa pulak untuk memikirkan jawapan yang benar2 betol untuk soalan MCQ subjek Hubungan Etnik,,
diulang semula, "yang benar2 betol untuk soalan MCQ",,,
kesian otak, kerana dipaksa mencari kebenaran bagi 80 soalan H.E,,,
maaf otakku,, kite takde pilihan lain,,kite terpaksa okey,,




Ada satu scene yang terjadi pagi tadi,,
namun kerana peranannya kurang penting, ia telah dilupakan serta merta,,

Tapi ketika di dalam lif  semasa hendak turun menaiki bas pada petang hari:
kedengaran bunyik zaaappp @ zraaapp @ ziiiiipppp dari arah belakang,,
lantas saya terus tersenyum kerana saya tahu,,
itu bunyik zip yang dihasilkan from my beg galas,,

saya menoleh ke belakang sambil tersenyum,,
Dr Sharifa rupa2nya yang tolong menarik zip beg saya yang sedikit ternganga,,
dengan termalu2 saya mengucapkan terima kasih,,
aisyyy,,

alahai cik zip,,
kamu mengingatkan saya insiden pagi tadi,,
dimana zip beg saya ternganga jugak tapi ditutup oleh seorang junior,,
(junior = perempuan lah)

~end post~

p/s: saya gembira dan terharu kerana dikelilingi ramai wanita yang penyayang,, hahahaa
especially yang selalu tolong tutupkan zip beg saya,,
err,,sekian harap maklum,,


kawan-kawan,,Alzheimer bukanlah penyebabnya!!!!

Jumaat, 22 Oktober 2010

TEORI MERAPU,, basic yang lemah takkan mampu selesikan masalah,,


ini bukan teori MZM FC(Maher Zain Malaysia fan club)
Biar saya kongsikan teori rekaan ini:

Khamis 21 Oktober:
as usual, setiap malam jumaat, usrah batch kami diadakan,
malam yang seringkali hilang daripada kalendar saya,,(ku hilang dlm ramai);p
but usrah malam semalam lain sikit,, instead of tazkirah, malam tu kami main game je,,
seronok lahh kan,,
but then, ada yang bersuara agar ditamatkan segera permainan dan usrah,,
saya tertanya2,, mengapakah???
Dalam hingar-bingar tu saya dapat tahu, mereka ingin tamat awal sebab ingin
menyiapkan diri untuk presentation slot PBL(problem based learning),,
Dalam hati,saya rasa senang hati sebab dalam kumpulan saya,
tak kene pon present ape2,, (selamat2 suke2 sronok2)

Jumaat 22 Oktober:
Apa yang boleh saya kata adalah=pagi yang indah!!!;p
TETAPI,, sejurus selepas itu,,saya terasa tertekan dengan sekeliling,,
di mana, semua orang sibuk dengan meyediakan jawapan,,
kepada pelbagai learning needs yang perlu dibentangkan,,
Mengapakah???
Mengapa mereka sangat stress dan mengapa pula
tiada stress dalam kalangan ahli kumpulan saya???

Banyak persoalan yang timbul,,
dan akhirnya saya dipertemukan dengan jawapannya dalam slot PBL,,

Jadi,,Apakah jawapannya??
= kami diasak dengan pelbagai definisi dan pelbagai jenis soalan yang perlu dijawab secara spontan,,
belajar mencari jawapan dengan pantas,, sungguh saya bukanlah orang yang ada basic yang kuat dan understanding yang hebat,,dan kerana tidak cukup masa,, juga persediaan yang tidak ada,,
slot PBL kami akan ditambah  sekali lagi,,
kerja+beban bertambah,,

Ingatkan seronok2 je takde homework,, Ingatkan boleh lari dari tanggungjawab,,(tak realistik langsung)
uhhhhhh





INI Teori yang dijumpai:

Teori ini dicipta berdasarkan fakta tanggungjawab,,
Di mana jika kamu diberi tanggungjawab, kamu boleh pilih,,
nak selesaikannya sebelum atau selepas waktunya,,
dan kesannya perlulah ditanggung sendiri,,:
  1. Selesaikan sebelum waktu yang ditetapkan:  memang merana awal2 lagi,, perlu bersusah payah dari mula,, rasa sakit hati tengok orang lain relax2 aje,,  tapi lepas selesai, da boleh relax,,,
  2. Selesaikan selepas waktunya:  mula2=Wah,, hepi giler takde keje!! kemudian tertekan pada waktu tanggungjawab perlu dilaksanakan,, dan diseksakan lagi apabila terpaksa bekerja lebih masa, sedangkan orang lain sudah goyang kaki ketika ini,,

Walau sejauh mana kita berlari, walau setebal mana dinding untuk kita bersembunyi,,
tanggungjawab yang ditaklifkan ke atas diri takkan pernah dapat kita hindari,,

err,, Fahamkah kamu???

~END POST~
terima kasih kerana sanggup baca penderitaan ini,,

p/s: teori ini adalah rekaan semata-mata,, tapi memang ada kene mengena dengan orang2 yang masih hidup,,
sebab2 orang2 yang terlibat masih bernyawa,,
yang mungkin akan mati bila2 masa je,,

Jumaat, 8 Oktober 2010

En. Maher Zain,,

is he has the 90 degree angle of mandible bone??? 



lalalalallaaaa
He is now at Malaysia,,,
here are some pictures of him that was took from facebook,,
like,like,like,like,,



He was interviewed by Ikim's DJ,,,
       He got a proton persona i think,,


never across a chance to listen to his voice lively,,

p/s: love his songs so much,, esp for the rest of my life,,
maybe ade iras2,,
perhaps,,,,,,,,,,,

Ahad, 3 Oktober 2010

dia peduli apa??

Beberapa kali terdengar
word 'selang-seli' disebot2 beberapa hari nie,,
ini membuatkan sy teringat akan blog sendiri,,
yg sudah lama diabaikan,,
;p

okay, mari tolong sy berkemas sket,,

now, im done

sabtu @ semalam
dipaksa, terpaksa, disuruh attend seminar Tamadun islam dan tamadun asia(TITAS)
di USIM nilai,,
nama seminar pon agak dull dan kelam,,
jadi saya menjangka akan diisi dgn slot2 y bosan,,
luckily program yang agak best sebenarnya,,
penceramah yang hebat,,
pengisian yang padat dengan real life info,,

sekali lagi kita belajar untuk tak cepat melatah,,
juga belajar untuk tidak terlalu gopoh mengkonklusikan apa2 benda pun,,

Semua DKP(dewan kuliah pusat) penuh dgn 'budak2'
memang saya agak terperanjat dgn jumlah yang ramai,,
sebab terbiasa berada kat fakulti yang terasing dari kampus utama,,
terbiasa dengan bilangan yang sedikit,,
terlalu ramai sehingga saya menyangka seluruh pelajar2 usim menyertainya,,
rupa2nya semua tu hanyalah budak2 first year,,
oh rasa kaget, jakun dan gayat dibuatnya,,,


donut ini lazat,,,

seminar bermula awal,,
jadi tak sempat sarapan pagi,,
pukul 10 pagi baru dibekalkan sebentuk donat gula pasir,,
yang ketika itu dilihat laksana ayam panggang bbq,,
mendapat sesuatu ketika diinginkan,,
bukankah ia suatu nikmat??
i called it life saving donut,,

juga ada satu perkataan yang amat menarik perhatian,,
and the word is = touch,,
we were told to touch our matrix card,,
touch ape bende nya,,
touch???
what the heck 'touch' is???
serius tkd machine tu dekat fakulti kami,,
jadi kami tak tahu,,
kami berasa blurr dgn perkataan 'touch',,

Info= kehadiran disemak dan dikemaskini dengan menyentuh kad matrik pd mesin
berbentuk kotak berwarna hitam(jakun sgt)
yang berada bersebelahan pintu masuk DKP..

oh apakah,,
kami ini tercicir di belakang kemajuan??

p/s:
tajuk post ini hanyalah perasaan penulis,,
tidak ada kena mengena langsung dengan isi kandungan,,,






Rabu, 11 Ogos 2010

cermin atau simbolik????

Kalau kamu berada di depan cermin sambil membelek2 tudung,
tiba2 dtg seseorang yg dikenali atau tidak,, berdiri di depan cermin kat depan kamu,,
dia buat tak tau je sambil melihat2 dirinya dalam cermin sedangkan kamu belum siap lagi guna cermin tu,,
dah la tu,, siap borak2 gembira je
kalo nak move kat cermin seblah pon fully occupied by geng2 mereka,,
ditambah pula jika fizikal diri kamu yg pendek lantas terus hilang imej kamu yg sepatotnya reflected by that mirror,,
aPA kamu rasa?


tentu rasa agak tertekan dgn situasi mcm tu,,
sbb ianya common sense,,
sepatutnya boleh berfikir sendiri,,
ada orang tgh guna,,
jadi aku kenalah guna cermin sebelah dia,,
hmm susah ke?

okay,baiklah,toyyib,,
tak nak lah mudah irritate hanya pasal tak dapat tgk cermin,,
mari kita bercerita tentang sesuatu yang simbolik lak,,

biasanya sehari sebelum puasa,,
akan ada pengumuman tarikh start puasa kat tv kan?
biasanya kalau dekat rumah, kita akan berkumpul depan tv masa pengumuman tu dibuat,,
bukannya tak tau puasa start esok,,
cuma perlakuan tu seperti menunjukkan simbolik yang kita akan puasa esok,,
sangat2 gembira walaupun dapat dengar pengumuman yang sama je setiap tahun,,

Bezanya tahun ni,,
saya berseorangan kat depan tv mendengar pengumuman tu,,
(sambil tersenyum sorang2)
tetap gak nak tengok penyimpan mohor besar Diraja tu buat pengumuman,,
;p
,, sangat seronok lahh,,


P/s: Hargai penghargaan dan anugerah Ramadhan nie,, jika kita masih dipertemukan dengannya,,

ramai yang cakap (termasuk sy)...
 hari ni hari last before puasa, mesti ramai orang kat pasar malam..
ataupun hari ni lah last day, so jom lah kita makan banyak2,,esok da puasa,,
bile fikir2 balik,, Ramadhan setahun sekali je,,
sedangkan nikmat makan yang Tuhan bagi kat kita,,
berterusan sepanjang tahun,,(dah banyak makan sgt)
so buat ape la kan kite nak tamak2 makan banyak2 hanya sebab esok puasa,,

salam,,,
Ramadhan Kareem,, ALLAHU AKRAM,,

Sabtu, 24 Julai 2010

menyalahertikan kebetulan,,

Cabaran 3 minggu tanpa laptop,,
kebetulan atau perancangan???

kebetulan = laptop itu berat dan barang sangat banyak,,
perancangan = nak bawa laptop sebagai gadget bersenang2,,

dan kemudian kebetulan itu mengatasi perancangan (dengan izin Tuhan)
lalu keputusannya adalah no laptop until it is trully needed,,

okay2 kali nie kita akan menyokong kebetulan,,
dan bergembira dengan  sepenuh hati,,

;)

Khamis, 17 Jun 2010

Sempit dan terhalang,, maka mari berjalan keluar,,

Ade orang tertanya2,,
dengan nada memperli dan memandang serong,,

bolehkah jika kaum selain kaum melayu di malaysia ini
menyokong hukum hudud dan qisas?
soalan ini wujud atas dasar provokasi dan propaganda,,
kerana adanya kewujudan kelab penyokong pas
yang dianggotai oleh kumpulan selain kaum melayu,,

mereka lebih mementingkan kaum daripada agama,,
lihatlah pertanyaan mereka tadi,,(tulisan italic/yg senget2 uh)
apa yang menjadi kepentingan mereka adalah kepada dasar bangsa,,
yang diagung2kan terlebih2 sehingga wujud puak-puak yang pelbagai,,
assabiyyah terlampau yang menjahanamkan,,

View Image

saya tertanya2,,
apakah masalahnya?
bukankah lebih baik jika islam itu semakin diterima masyarakat?
mengapa pula memandang serong,,

kesempatan menemui Hujjatul Islam Sheikh Hasan Hamada(salah seorang pemimpin Hizbullah) di jasin baru2 ini,,
meredakan sedikit persoalan saya,,
katanya,, sekurang-kurangnya 50peratus org Kristian di Lubnan menyokong gerakan Islam Hizbullah ini dlm memperjuangkan melawan penceroboh Amerika dan Israel,,
sedangkan mereka juga bukan beragama Islam,,
apa salahnya menyokong sesuatu yang benar dan membawa kebaikan,,
dan cerita lainnya berkisar kepada perjuangan Palestin,,

begitu juga disini,,
apa salahnya, jika Islam itu semakin disenangi dan mudah diterima,,
cukup2lah fahaman politik sempit,,
melayu untuk melayu,,
cina untuk cina,,
india untuk india,,

Islam untuk semua,,
lebih baik begitu,,

tulis sahaja memang mudah,,
yang sulit adalah untuk menggerakkannya,,
jika kita seorang muslim pun masih berprasangka dan memandang serong dengan fahaman kita,,
bagaimana mereka yang lain ingin berkompromi??

tertarik dengan kata2 di depan novel Terasing karya Hilal Asyraf,,:

TB Terasing

kebijaksanaan mereka tidak membuatkan mereka mampu berfikir akan
kebesaran Tuhan dan mengajak hati mereka tunduk kepada-NYA.
Bukankah itu menyedihkan?
Akhirnya dunia sahaja berjaya ditatang
akhirat berciciran hilang,,


p/s: sy tidak berhasrat mempromosi novel ini,,
dan tidak ingin menghasut kamu menghabiskan besiswa,,XD
emo berterusann,,,,,,

Jumaat, 11 Jun 2010

diperbodohkan beberapa kali tapi masih susa nak berfikir bagi mengambil iktibar

What??
tajok yg panjang berjela-jela,,
uhh rilekss,, contents tk panjang pon,,
tajok yg panjang bukan untuk meng'psiko orang,,
entry ini bukan seperti note fisiologi,,,

Makcik Bedah(penjual kuih)
Makcik ni bukan apa,
kalau pas menang pilihanraya,habis bankrupt lah negara kita nie,,
takde sape nk beli karipap lazat mak bedah nie,,

Pak Midon(pesara tentera)
Pembangkang tu retinya berceramah aje,,
ke hulu ke hilir dok cakap macam2,,
ekonomi nie habis lingkup,,
mase dalam askar dulu................
(uh, mesti ada selit cerita askar dia jugak)

mungkin ada orang akan kate, takpelah, makcik ngan pakcik tu tak tau,,
tak blaja tinggi,,

ok, ape yang tak taunya?
tadi tu diorang ada kate pembangkang tak tau menau bab ekonomi,,
fakta gaknya tu, sebab muka dyorang sangat confident,,
fakta yang dimomok2kan dekat semua orang kampung,,

pas miskin,,
pas takde duit,,

kemudian kita tanya pula seorang makcik berijazah,,

Makcik Senah(guru penolong kanan koku)
isyy,, tengok jelah org pas tu,,
sikit2 mintak derma,,
memang takde class,,
cmner dyrang nak jadi kerajaan kalo miskin cmtu,,
diorang takde duit,,

kamu rase, ade class ke jawapan makcik senah nie?

2 baris ayat pertamanya memang benar,,
tapi 2 baris lagi memang otak cetek makcik ni,,

cuba makcik pikir sikit,,
macam kat skolah,,
yang mentadbirnya pengetua kan,,(anggap sebagai kerajaan)
kemudian dibantu beberapa penolong,,
pengetua hanya jalankan urusan mentadbir,
tapi sekolah tu bukanlah harta mak bapak dia kan?
kalo sekolah tu besar ke diperbuat daripada emas ke,
tetap bukan harta si pengetua,,
macam tu gak negara kite nie,,
sori, mane lagi dapat duit tu kalo bukan duit rakyat malaysia nie?

sebelum jadi kerajaan,,
macam mane nak buktikan sepenuh kemampuan?


p/s :berhenti apabila terasa berjela-jela
pemikiran yang disumbat2 dengan fakta merepek2,,
memaksa ala diktator,,

Ahad, 6 Jun 2010

batu loncatan yang dilompat-lompat oleh si katak froggy,,

Pernahkah anda menjadi bidan terjun untuk seseorang dan sesuatu event??
Boleh jadi ada dua kesudahan,,
1=yg baik untuk disejarahkan
2=yg disaster namun sesuai untuk diambil iktibar


Seriously sebab dapat jadi bidan terjun pon ade 2,,
1.sebab kamu memang layak mengisi kekosongan yg kosong tu,,
2.sebab dah takde orang lain lagi,,kalo kamu tak layak pon, kene jugak take part,,


selalunya sebab aku kene jadi bidan terjun adelah sebab yang kedua,,
tapi kesudahan dy dua2 ade,, yg baik dan yg disaster,,

Jumaat+Sabtu+Ahad= bengkel naqib naqibah skola (yg nie bkn bidan terjun,haha)
Isnin-Jumaat= kursus kepimpinan prs sbp kebangsaan kat  Taiping(tk ingat sgt brape hri)

First tem aku rase busy sepanjang mase brade kt skola dulu,,(except tem exam lah)
sepanjang minggu tu ade program,,
n yg kursus prs tu,,
Aku Jadi Bidan Terjun,,
bidan disini  takde kene mngena ngan gynae, k?


apa agaknya rasa jadi bidan terjun?
kalo skang ak rase cam nyampah, tp tem pegi taiping uhh rase hepi gler,,
well, org len cbuk blajo kt skola,kte lak g jln2,
mane tk hepi nyer,,XD (perasaan biase seorang budak skolah menengah)

kami semua ade 4 orang,,
randomly dipilih berdasarkan ajk prs skola(tk berjalan pon lorh)..
cikgu main grab saje,,(kaun..)
da la tk britau pon kene bawak apa2 barang,,
kami pon packing saje,,
tanpa apa2 surat atau apa2 pengetahuan, kami membabi buta dihantar kat SMAP Labu,,
(macam kene culik pon ade gak)


dari situ kami naik transit ke Taiping bersama prs2 negeri sembilan yang lain,,
nta ape perasaan aku tem tu,,
sangat kosong dan blurrr,,


kursus tu dekat kolej telekom,,
kami terpakse mendaki tangga utk naik ke tingkat asrama yg berbelas-belas,,
sebab kalo nk dibandingkan semut dengan lif tu,lebey kurang same je kelajuan,,


bnyak aktiviti tp yg pling best adelah jln kaki kat tman tasik taiping,,
Sangat2 cantik,, tempat tu dikelilingi bukit2 siap nmpak air terjun kecik,,(sebut Subhanallah)
then mase malam, kami dpat night walking kat night safari@zoo taiping,,
err first time masok night safari (first kt malaysia lah XD)
tiket free lak uhh,,
tp sgt penat berjalan berkilo2meter esp utk org gemok (i la tu kan),,

Click here to enlarge
pic tmn tasik taiping yg digoogle,,






bnyk lagi sudut yg cantik,,bunga teratai penuh sekolam,,air pancut,, banyak lagi,,sangat cantikk,,(emo)
selain tu, kami jugak diberi 1 sekolah utk setiap kumpulan,,
utk buat cm motivasi  kecil2an saje,,
uhh apekah aku lakukan,,haha nta pape aku mrepek dgn bdak2 darjah 6 tu,,
ambik gmbr je kot terlebey,,
prs lain semua bawak blazer,,
yg kami nie, pkai bju sekolah kain biru ,,
mmg slek sgt,,
uhh,,ckgu tk bgtau ape2 pon, so............

setelah beberape hari, kami nie pon berangkat pulang,,
on da way tu pulak, tempat isi barang bas boley terbukak (bas smap labu uzur seyh hihi)
jatuh la beberape beg tgh2 highway,,
nta la dpt balek ke tk beg tu,,
kecoh dn huru hara,,

peace.jpg Peace image by pix4toker

tk cukop sampai situ,,
kami terpaksa bermalam kt smap labu,,
sbb tem smpai tu dah malam,,
semua budak sekolah lain,cikgu2 mereka da dtg ambik,,
yg ktorg nie,,ckgu tknk dtg,,
katanya da mlm,,
waa rase dianaktirikan,,
org lain bole pulok dtg,,
entah laa,,

ok tkpe2 bersangka baik,,

  • at least dpt tidor kat smap labu,,
  • n dpt menjengah asrama dyrg,,

haha sepah kot (same je ngan asramaku)
dan kerana itu kami terpaksa ponteng lagi sehari,,

esoknya,, ade lah cikgu dtg,,
dy on da way ke putrajaya so jemput kitorang sekali dgn coster sekolah,,
so,, kami ke putrajaya lah,, haha
shoping2 makan2,, kat alamanda,,

hailaaa,,
aku hanya ingat 1 pljaran je yg dpt dri kem tu,,
kalo nk senang senyum bile nak amek gambar,,
cuba try sebut uu aa yeee,,(sebut laju2)
grenti muke nampak cam senyum,,
XD

p/s: bidan terjun ngan batu loncatan sangat berhubung kait,,
melompat dan dilompat ke atasnya,,

errr walo cmne pon, saye syg skola saye lahh,,
hahaha

Sabtu, 5 Jun 2010

ulam-ulaman pon pahit juga,,

Menunggu ust Zahazan yg dikatakan sepatutnya buat ceramah dekat satu  sekolah nie,,
tapi tk jadi dan ditangguh disebabkan sebab yg tak tau,,
patotlah pengerusi majlis cube lengah2kan dgn benda2 yg agak berselerak,,
takut benar kalau hadirin2 nie balik cepat,,
isyyy,,,

dengan rasa yg agak membara,, bersempit-sempit pulak duduk satu kerusi yang dikongsi oleh dua saiz dewasa,,
uhh sape pon tk bley tahan,,
dan kemudian dikecewakan, sume terus angkat kaki,,
penat menunggu,,

dalam hati yg geram,,
tringat2 pula kisah2 yg menurunkan lagi motivasi,,
uhhhh,,
bukannya menyalahkan ust yg tk dtg tu,,
geram saje dgn pihak tuan rumah,,
ckp awal2 jelah ust tu tk jadi dtg,,
kalo nk tangguh esok pon,, :(

err,, boley aku membebel jap??
sbb aku tringat sesuatu,,
kaset kitaro,, bas sekolah yg rosak,, dan kali pertama aku jadi wakil skolah,,



kali pertama ak jadi wakil sekolah,,
masuk pertandingan sajak antidadah,,
saje nk improve thap confident
sbb aku mmg label budak paling pendiam kt kelas(cikgu je kot ckp cam uhhh,, de tulis kat rekod g,,)
gpon enta sape ckap skola tkde wakil sajak,,
so berhempas otak buat sajak sendiri,,
gembira sebab kawan2 membantu aku tem tu,,
geng librarian (Qis, Afiq Alias,nta tk ingat g)

Next ade seseorang meminjamkan kaset kitaro untuk music background,,
dan dy kata nk tengok aku 'bersajak' n train skali,,
tp tk jadi sbb busy,,
so pandai2 sendiri jerk,,
serius hentam saje,,

kat dalam bas,,
ramai gak pelik aku ade,,
mereka tk tau pon aku masok pertandingan tu,,
maklumlah mereka ahli nasyid popular harapan sekolah,
dan juga artis2 pelukis hebat
kalo nak dibandingkan dengan aku yang baru nak mengasah bakat nie,,
buat malu aje,,
mintak tolong pasangkan kaset pon tkde yg nk,,
ceh,,

so aku teruskan jer,,
persembahan yg tk brape baik,,
mungkin ramai berkata begitu,,
dikritik hebat gak dgn judge,,
hey,, itu first trial lah,,

Mase lunch pulak,,
ade arr pengiring nie mengutuk,,
katanya, kalau Ida(nama samaran),budak form 2 tu masok sajak,
mesti dah menang nyer,,
cehh,,
aku arr loser uhhh,,



apekah,,
tk tau ke,,tu first trial aku,,
da la tkde org train,,
da tkde sape nk masok,ak volunteer arr,,
kamu mangkuk,,
perasan diri hebatkah???
eiii cube menjatuhkan confident aku saje,,

serius mereka nie hanya memilih yang telah tersedia ada,,
ingat aku tkde bakat ke???(emo haha)

memang serik kot masok bertanding nie,,
da la tu,, sijil lak senang2 je hilangkan,,
budak2 nasyid+budak2 melukis mewarna sumer dapat sijil kalo tk menang pon,,
nampak benar tk sedar kewujudan sajak aku,,

you will pay for it lahh,,
hohoho
antara kenangan sepahit ulam kat skolah,,

p/s you nk bukti ke?? 
err ust zahazan nyer ceramah mungkin jadi  esok,,
i tk pegi k,,

Isnin, 24 Mei 2010

Jangan Cuba,,

frames




Ini kisah tentang tenuk,,


Tenuk merupakan sejenis haiwan mamalia. Juga dikenali sebagai Badak Cipan, Badak Tampung.
Terdapat empat jenis tenuk, yang mempunyai kaitan rapat, dikenal pasti pada hari ini seperti berikut :-
  1. Tenuk Malaysia (Tapirus indicus) - Terdapat di Asia Tenggara dan Malaysia.
  2. Tenuk Baird (Tapirus bairdii) - Terdapat di Mexico dan Amerika Tengah.
  3. Tenuk Gunung (Tapirus pinchaque) - Terdapat di hutan tanah tinggi dan paramos di utara Andes di Colombia dan Ecuador.
  4. Tenuk Brazil (Tapirus terrestris) - Terdapat di kawasan hutan Amerika Selatan.
(disumbang oleh cik wikipedia)

kemudian sy bertanya en translator makna tenuk dalam bahasa inggeris
katanya: tapir
owhh tapir itu word english kah? bru sy tahu skrg,,

Saya tak biasa gunakan word tenuk nie sejak sekian lama,,
sebab tenuk bukan satu benda yg wajib dibuat sehari2,,
hanyalah perkataan tentang nama seekor haiwan,,
hinggalah pada hari yang saya dok bosan jaga kaunter kat kedai buku, (keje sehari je seminggu)


seorang pelanggan lelaki masuk bersama 2 adik perempuannya,,
yang ketika itu lagu kumpulan radja, wahai kau cinta sedang beralun2,,
uhh yang kemudian dinyanyikan bersama oleh pelanggan lelaki tu,,
memang dy syok nyanyi+jerit2 kuat cmtu (sabo je lorh)
tp tetibe sy tertekan pause kat windows media player tu,, (tkd niat jhat)
terbeliak mata dia pandang saya n terkedu dsitu,,haha
uhh okay2 saya pasang balek (kene wat bek ngan pelanggan),,
dan dia terus bernyanyi riang,,


tiba2 dia bertanya lak: saya tengok ade buku resipi masakan daging, resipi masakan tenuk ade tak?
adik2 dia mmg ketawa arr,,
saya hanya senyum buat2 je, err entah kenapa rasa tak brape suka dengan lawak yang menyampah tu,,
mane arr ade resipi tu kat Malaysia ni kan,,
eh,ada buku tu,, meh saya tunjuk,,tetiba sorang pekerja lain bersuara,,sambil diiringi pelanggan lelaki tu


owh saya amatlah terkejot,,seluruh kedai saya dah perhati tapi memang tak tau pun ade resipi tenuk,,
dan tiba2 terdengar suara pelanggan lelaki tu ketawa besar,,sambil berkate dah2 jom kita balik kepada adik2 nya,,
hei entah ape2 je lah,,annoying giler (berkata2 dlm hati je)


lepas je mereka keluar,,
pekerja tu datang tanya saya dengan muka yang pelik,,
pekerja tu ckap dy tunjukkanlah resipi masakan telur kat budak laki tadi,tapi kene gelak pulak,,
saya: err memanglah,,, dia mintak buku masakan tenuk tadi,,bukan telur,, dia nak wat lawak je tadi bukan betul pon, tu yang akak wat bodo je,,
pekerja: la saya dengar telur,, erm kak tenuk tu apa?
aku: (oh salah dgr rupenyer = dalam hati gak) tenuk tu macam tapir@ binatang,,
pekerja: oh ye ke, saya tak tau,,

end,,

serius saya terperanjat bila pekerja tu cakap tak tau apa itu tenuk,,
saya rasa kesian gak, tapi lama2 t bole improve lagi kan,,
seperti cerita paip sebelum nie,,
saya katakan jgn terperanjat kalo ade org kat Malaysia nie tk tau apa itu paip air,,
juga jgn terperanjat kalo ade orang tak pernah tau apa itu tapir@tenuk,,
di manakah kamu wahai wakil rakyat????

p/s:::: bersyukur lah,,
kira beruntung kamu sudah dapat pendidikan yang baik,,
sebab kat luar sana ramai rupanya yang tidak berpeluang seperti kamu,,
jangan blagak sudaaa,,









Ahad, 23 Mei 2010

sekali lagi terlupa menulis tajuk,,

Tak sampai sejam pon Anwar berceramah tadi,,
serious tk brape puas dengar status-status terkini isu politik yang lancar keluar dari mulut seorang pemidato,,
Dengan makcik-makcik yang dok berborak di kanan kiri,,(tkyh dtg kot)
Budak-budak yang tak dicontrol oleh mak bapak sendiri,,sangat-sangat bising,,
Pakcik-pakcik yang selamba duduk atas kerusi lantas menghalang pemandangan ramai orang kat belakang,,
Rasa agak sakit hati saje,,
Ambil inisiatif berdiri sepanjang ceramah tu,,
Baru puas hati,,

time aku sampai Tian Chua sedang berceramah,,
specifically tentang pilihanraya di Sibu hari tu,,
dan kemudian diganti-ganti dengan ramai penceramah lain sebelum dipuncakkan dengan ceramah dari Anwar,,
banyak benda menarik,,

dan yang nak aku kongsi berkenaan isu calon pkr, parlimen hulu selangor yang dikatakan dulunya pernah terlibat dengan arak,,
dikutuk dengan berbagai kutukan,menunjukkan aib si calon yg kononnnya tidak bermoral,,
dia mengakui tetapi itu waktu dulu ketika dalam U_N_,,
bising giler isu nie hari tu,,
dan kalo effect pon adalah kpda undi Melayu,,

yang menariknya,kata Anwar,,
ada seorang ahli parlimen pembangkang bertanya kepada ahli-ahli parlimen U~ yang lain,,
Siapa yang berani cakap dia tak pernah sentuh arak??
Errr tiada seorang pun dari pihak mereka yang berani mengaku melainkan tunduk dan bertekur malu sendiri,,
ingatkan bising-bising kesalahan orang,diri sendiri tak pernah buat,,
rupanya mereka nie....................(buzer)

lebih baik selepas melakukan kesilapan itu kita sedar dan insaf,
dari terus menerus melakukan kesilapan,,

banyak trial aku buat nak ambik gmbar tapi sume blur saje,,
tapi mintak gak acik ambikkan gambar sebab dy urusetia,,

anwar dan acik aku,, isy2 jeles gak

uhh sangat ramai orang malam tadi,,

p/s: buku sherlock holmes(study of scarlet) terjemahan bahasa melayu  dah release,,
saya nak satu!!!

Sabtu, 22 Mei 2010

Aku bukan si luncai

Saat si luncai ingin terjun ke sungai dengan labu-labunya,,
orang-orang berkata: biarkan,,


tiada yang peduli,,
Mengapa aku bukan si luncai?
kerana si luncai sudah pun terjun dengan labu-labunya dulu disebabkan tiada yang peduli,,


Apalah yang hendak dipedulikan orang tentang si luncai yang hanya ada beberapa biji labu itu,,
Tiada apa yang lebih pun jika berdamping dengannya,,
Mereka lebih suka berdamping dengan orang yang ada padanya kepentingan,
atau yang mampu memberi mereka nama dan menang sorak(populariti),,
supaya dipandang orang yang elok-elok saja,,
dan yang lebih penting supaya semua orang tunduk dengan kata-katanya,,
maklumlah, dia sahaja yang betul,,
berasakan diri sendiri tidak pernah salah,,


Maaf si luncai sebab tiada seorang@sorang rakan pun yang ingin mengikut engkau,,
Luncai yang biasa-biasa saja,,

End of Luncai n Labu

ohh ya malam nie,ade ceramah DSAI di markas Pas M.Tanah,,
entah tetibe rasa ingin bersemangat pergi ke situ,,
jika dia jadi datanglah,,
maybe next post untuk detail seterusnya,,

p/s:selamat lail@malam,,


MUNGKINKAH LABU-LABU SI LUNCAI AKAN BAHAGIA??

Khamis, 20 Mei 2010

air paip menjadi sejuk apabila tiba musim hujan 2

Pernah kamu imagin ketika kali pertama kamu melihat air yang berterusan mengalir dari kepala paip?
mungkin ketika itu kamu masih bayi kecil yang pantang melihat benda bergerak-gerak, seperti anak-anak kucing yang terperanjat melihat ekornya sendiri,,
kemudian kamu semakin dewasa dan tiada lagi keajaiban yang boleh diharapkan jika hanya melihat paip air,,
tetapi bukan seperti si anak kecil ini,,
dalam umurnya bersekolah rendah, barulah kali pertama dia melihat paip air,,

seperti yang aku katakan sebelum ini, jangan terperanjat jika masih ada orang yang ketinggalan seperti si anak kecil,,
semulajadi sudah cukup bukan??

Memang menjadi kebiasaan dan perilaku manusia terhadap benda baru,,
paip air itu menjadi bahan rebutan seluruh ahli keluarga,,
semua menjadi rajin mandi ,rajin membasuh baju dan rajin mencuci pinggan mangkuk,,
beban si ibu berkurang,,
tak perlu lagi bersuruh-suruh anak-anaknya untuk mandi,,
kerja mencuci juga menjadi ringan,,
semuanya disebabkan paip air yang satu itu,,











namun beban si ayah pula bertambah,,
jika sebelum ini,bekalan air adalah percuma,
tetapi bukanlah selepas kemunculan si paip,,
setiap bulan nanti si ayah perlu membayar bil-bil yang melemaskan,,
Bukankah setiap kesusahan itu ada kesenangan?
dan aku juga percaya setiap kesenangan juga disertai kesusahan,,
seperti kesenangan melalui paip air,yang susahnya adalah pada poin membayar bil,,

Nasib yang menyenangkan kepada si ibu,dan kemudian nasib yang menyusahkan bagi si ayah,,
Apakah kamu lelaki, rasa ini tidak adil?
Berhenti berfikir begitu dan cuba kamu intai sesuatu yang lebih indah melalui ketidakadilan itu,
Yang senang itu isterimu,dan bukankah kamu menyintai si isteri yang menyenangkan perasaanmu?
Senangnya si ibu mampu menyenangkan seisi keluarga,
Bebannya diringankan dan kini dia lebih mampu melayan kerenah keluarga dengan layanan yang lebih layak,,
Tetapi jika si ayah mengharapkan beban membayar bil air itu tiada, hanyalah dia semata-mata mementingkan kesenangan dirinya,,
Kesenangan si ibu sesungguhnya adalah kesenangan seisi keluarga...

end of incidental part 2

hanyalah cerita tentang paip air,,

p/s serius  air paip memang sejuk time2 hujan cmni,,
ilham datang atas dasar kesejukan,,
dan mungkin alasan malas nak mandi,,
berusahalah!!!

air paip menjadi sejuk apabila tiba musim hujan 1



Kampung ini tidak pernah menerima bekalan air paip sejak dari mula kemunculannya,,
Apa yang nak dihairankan,bukankah sudah cukup bekalan air yang Tuhan bekalkan melalui sumber yang dipanggil manusia sebagai semulajadi??
Tidak mengapalah jika tidak memberi satu keluarga RM1000 pun ketika tiba-tiba pilihanraya menjelma di kawasan kampung ini,,
Semulajadi itu sudah cukup berbakti dalam menghidupkan penghidupan orang-orang kampung,,

Dan bila tiba-tiba gerombolan-gerombolan manusia tiba-tiba muncul,,

Si anak kecil: siapa ini rakan? dan apa yang mereka bawakan untuk kita ,,


rakan si anak kecil : kutip sajalah apa-apa yang jatuh, lagi kamu bersoal, telah habislah hadiah-hadiah ini dikutip orang lain,,




seumur hidup anak kecil ini,dia hanya pernah melihat ibu,ayah,kakak,abang,adik,jiran-jiran dan mungkin juga dia menyedari akan kewujudan seorang ketua kampung,
tapi sungguh bukan orang-orang yang baru tiba lalu muncul dengan bermacam barang dan berjanji bermacam kata,,
apakah ini keadaan orang-orang dari kawasan yang bermandi nikmat mendapat bekalan air??
kecoh riuh seluruh kampung dengan bermacam-macam ganjaran,,
tiada yang menghiraukan satu sama lain melainkan mata yang terbeliak memandang nikmat-nikmat yang sedang direbut-rebut,,

berlari-larilah anak kecil, bagai Siti Hajar mencari air,,(sperti lirik lagu M.Nasir)
kerana larian anak kecil ini sekarang lebih berharga,
berharga oleh sebab banyaknya hadiah-hadiah dalam pelukannya,,
hadiah yang tadinya hanya sedikit, namun menjadi banyak dalam laluan ke rumah,,
hasil kutipan di sepanjang laluan, yang mungkin dicicirkan si tamak haloba yang mengendong hadiah dengan banyak, melebihi besar pelukan sendiri,
sehingga tidak menyedari berciciran hadiah berharga yang jatuh,,
kamu juga yang beruntung si anak kecil,,

Photograph of One of the narrow streets of Xijiang - China - Asia

Bila tiba di rumah,dijerit-jerit si anak kecil akan hadiah yang dibawanya,,
Yang ini untuk ayah,yang ini untuk ibu,yang ini untuk abang,yang ini untuk kakak dan yang ini untuk adik,,
Tiada siapa yang merampas dan merebut,,
melainkan ketika itu semua ahli keluarga berkerumun di kawasan tempat mandi,,

si anak kecil: apakah ini ibu? bukankah aku membawa hadiah dan sepatutnya kamu semua berkeliling ke arahku dan bukan disini,,
si ibu: bukan hadiahmu itu tidak menarik perhatian kami nak, lihat ini, sesuatu yang memudahkan kita telahpun kita miliki,,
si anak kecil: apakah ini ibu? keras dan berkilat,kemudian bersambung-sambung di sana sini,, hadiahku itu lebih cantik balutannya,,
si ibu: apakah rupa yang cantik kamu harapkan nak,,sedangkan kamu tidak pernah lagi mengetahui perihal benda yang buruk ini,, yang bersambung-sambung ini dinamakan paip,yang apabila dibuka,air lalu mengalir keluar.......

kegembiraan keluar mengalir sederasnya keajaiban yang ada di depan mata si anak kecil,,
begini rupanya yang dikatakan orang air paip,,

****************************************

end of incidental  *part 1
mungkin akan bersambung,,