Khamis, 20 Mei 2010
air paip menjadi sejuk apabila tiba musim hujan 1
Kampung ini tidak pernah menerima bekalan air paip sejak dari mula kemunculannya,,
Apa yang nak dihairankan,bukankah sudah cukup bekalan air yang Tuhan bekalkan melalui sumber yang dipanggil manusia sebagai semulajadi??
Tidak mengapalah jika tidak memberi satu keluarga RM1000 pun ketika tiba-tiba pilihanraya menjelma di kawasan kampung ini,,
Semulajadi itu sudah cukup berbakti dalam menghidupkan penghidupan orang-orang kampung,,
Dan bila tiba-tiba gerombolan-gerombolan manusia tiba-tiba muncul,,
Si anak kecil: siapa ini rakan? dan apa yang mereka bawakan untuk kita ,,
rakan si anak kecil : kutip sajalah apa-apa yang jatuh, lagi kamu bersoal, telah habislah hadiah-hadiah ini dikutip orang lain,,
seumur hidup anak kecil ini,dia hanya pernah melihat ibu,ayah,kakak,abang,adik,jiran-jiran dan mungkin juga dia menyedari akan kewujudan seorang ketua kampung,
tapi sungguh bukan orang-orang yang baru tiba lalu muncul dengan bermacam barang dan berjanji bermacam kata,,
apakah ini keadaan orang-orang dari kawasan yang bermandi nikmat mendapat bekalan air??
kecoh riuh seluruh kampung dengan bermacam-macam ganjaran,,
tiada yang menghiraukan satu sama lain melainkan mata yang terbeliak memandang nikmat-nikmat yang sedang direbut-rebut,,
berlari-larilah anak kecil, bagai Siti Hajar mencari air,,(sperti lirik lagu M.Nasir)
kerana larian anak kecil ini sekarang lebih berharga,
berharga oleh sebab banyaknya hadiah-hadiah dalam pelukannya,,
hadiah yang tadinya hanya sedikit, namun menjadi banyak dalam laluan ke rumah,,
hasil kutipan di sepanjang laluan, yang mungkin dicicirkan si tamak haloba yang mengendong hadiah dengan banyak, melebihi besar pelukan sendiri,
sehingga tidak menyedari berciciran hadiah berharga yang jatuh,,
kamu juga yang beruntung si anak kecil,,
Bila tiba di rumah,dijerit-jerit si anak kecil akan hadiah yang dibawanya,,
Yang ini untuk ayah,yang ini untuk ibu,yang ini untuk abang,yang ini untuk kakak dan yang ini untuk adik,,
Tiada siapa yang merampas dan merebut,,
melainkan ketika itu semua ahli keluarga berkerumun di kawasan tempat mandi,,
si anak kecil: apakah ini ibu? bukankah aku membawa hadiah dan sepatutnya kamu semua berkeliling ke arahku dan bukan disini,,
si ibu: bukan hadiahmu itu tidak menarik perhatian kami nak, lihat ini, sesuatu yang memudahkan kita telahpun kita miliki,,
si anak kecil: apakah ini ibu? keras dan berkilat,kemudian bersambung-sambung di sana sini,, hadiahku itu lebih cantik balutannya,,
si ibu: apakah rupa yang cantik kamu harapkan nak,,sedangkan kamu tidak pernah lagi mengetahui perihal benda yang buruk ini,, yang bersambung-sambung ini dinamakan paip,yang apabila dibuka,air lalu mengalir keluar.......
kegembiraan keluar mengalir sederasnya keajaiban yang ada di depan mata si anak kecil,,
begini rupanya yang dikatakan orang air paip,,
****************************************
end of incidental *part 1
mungkin akan bersambung,,
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
takpaham. hu T_T. mungkin perlunya part 2~ heee =D
hahaha hanyalah sekadar cerita tentang paip besi,,
part 2 will come soon,,
Catat Ulasan