Isnin, 24 Mei 2010

Jangan Cuba,,

frames




Ini kisah tentang tenuk,,


Tenuk merupakan sejenis haiwan mamalia. Juga dikenali sebagai Badak Cipan, Badak Tampung.
Terdapat empat jenis tenuk, yang mempunyai kaitan rapat, dikenal pasti pada hari ini seperti berikut :-
  1. Tenuk Malaysia (Tapirus indicus) - Terdapat di Asia Tenggara dan Malaysia.
  2. Tenuk Baird (Tapirus bairdii) - Terdapat di Mexico dan Amerika Tengah.
  3. Tenuk Gunung (Tapirus pinchaque) - Terdapat di hutan tanah tinggi dan paramos di utara Andes di Colombia dan Ecuador.
  4. Tenuk Brazil (Tapirus terrestris) - Terdapat di kawasan hutan Amerika Selatan.
(disumbang oleh cik wikipedia)

kemudian sy bertanya en translator makna tenuk dalam bahasa inggeris
katanya: tapir
owhh tapir itu word english kah? bru sy tahu skrg,,

Saya tak biasa gunakan word tenuk nie sejak sekian lama,,
sebab tenuk bukan satu benda yg wajib dibuat sehari2,,
hanyalah perkataan tentang nama seekor haiwan,,
hinggalah pada hari yang saya dok bosan jaga kaunter kat kedai buku, (keje sehari je seminggu)


seorang pelanggan lelaki masuk bersama 2 adik perempuannya,,
yang ketika itu lagu kumpulan radja, wahai kau cinta sedang beralun2,,
uhh yang kemudian dinyanyikan bersama oleh pelanggan lelaki tu,,
memang dy syok nyanyi+jerit2 kuat cmtu (sabo je lorh)
tp tetibe sy tertekan pause kat windows media player tu,, (tkd niat jhat)
terbeliak mata dia pandang saya n terkedu dsitu,,haha
uhh okay2 saya pasang balek (kene wat bek ngan pelanggan),,
dan dia terus bernyanyi riang,,


tiba2 dia bertanya lak: saya tengok ade buku resipi masakan daging, resipi masakan tenuk ade tak?
adik2 dia mmg ketawa arr,,
saya hanya senyum buat2 je, err entah kenapa rasa tak brape suka dengan lawak yang menyampah tu,,
mane arr ade resipi tu kat Malaysia ni kan,,
eh,ada buku tu,, meh saya tunjuk,,tetiba sorang pekerja lain bersuara,,sambil diiringi pelanggan lelaki tu


owh saya amatlah terkejot,,seluruh kedai saya dah perhati tapi memang tak tau pun ade resipi tenuk,,
dan tiba2 terdengar suara pelanggan lelaki tu ketawa besar,,sambil berkate dah2 jom kita balik kepada adik2 nya,,
hei entah ape2 je lah,,annoying giler (berkata2 dlm hati je)


lepas je mereka keluar,,
pekerja tu datang tanya saya dengan muka yang pelik,,
pekerja tu ckap dy tunjukkanlah resipi masakan telur kat budak laki tadi,tapi kene gelak pulak,,
saya: err memanglah,,, dia mintak buku masakan tenuk tadi,,bukan telur,, dia nak wat lawak je tadi bukan betul pon, tu yang akak wat bodo je,,
pekerja: la saya dengar telur,, erm kak tenuk tu apa?
aku: (oh salah dgr rupenyer = dalam hati gak) tenuk tu macam tapir@ binatang,,
pekerja: oh ye ke, saya tak tau,,

end,,

serius saya terperanjat bila pekerja tu cakap tak tau apa itu tenuk,,
saya rasa kesian gak, tapi lama2 t bole improve lagi kan,,
seperti cerita paip sebelum nie,,
saya katakan jgn terperanjat kalo ade org kat Malaysia nie tk tau apa itu paip air,,
juga jgn terperanjat kalo ade orang tak pernah tau apa itu tapir@tenuk,,
di manakah kamu wahai wakil rakyat????

p/s:::: bersyukur lah,,
kira beruntung kamu sudah dapat pendidikan yang baik,,
sebab kat luar sana ramai rupanya yang tidak berpeluang seperti kamu,,
jangan blagak sudaaa,,









Ahad, 23 Mei 2010

sekali lagi terlupa menulis tajuk,,

Tak sampai sejam pon Anwar berceramah tadi,,
serious tk brape puas dengar status-status terkini isu politik yang lancar keluar dari mulut seorang pemidato,,
Dengan makcik-makcik yang dok berborak di kanan kiri,,(tkyh dtg kot)
Budak-budak yang tak dicontrol oleh mak bapak sendiri,,sangat-sangat bising,,
Pakcik-pakcik yang selamba duduk atas kerusi lantas menghalang pemandangan ramai orang kat belakang,,
Rasa agak sakit hati saje,,
Ambil inisiatif berdiri sepanjang ceramah tu,,
Baru puas hati,,

time aku sampai Tian Chua sedang berceramah,,
specifically tentang pilihanraya di Sibu hari tu,,
dan kemudian diganti-ganti dengan ramai penceramah lain sebelum dipuncakkan dengan ceramah dari Anwar,,
banyak benda menarik,,

dan yang nak aku kongsi berkenaan isu calon pkr, parlimen hulu selangor yang dikatakan dulunya pernah terlibat dengan arak,,
dikutuk dengan berbagai kutukan,menunjukkan aib si calon yg kononnnya tidak bermoral,,
dia mengakui tetapi itu waktu dulu ketika dalam U_N_,,
bising giler isu nie hari tu,,
dan kalo effect pon adalah kpda undi Melayu,,

yang menariknya,kata Anwar,,
ada seorang ahli parlimen pembangkang bertanya kepada ahli-ahli parlimen U~ yang lain,,
Siapa yang berani cakap dia tak pernah sentuh arak??
Errr tiada seorang pun dari pihak mereka yang berani mengaku melainkan tunduk dan bertekur malu sendiri,,
ingatkan bising-bising kesalahan orang,diri sendiri tak pernah buat,,
rupanya mereka nie....................(buzer)

lebih baik selepas melakukan kesilapan itu kita sedar dan insaf,
dari terus menerus melakukan kesilapan,,

banyak trial aku buat nak ambik gmbar tapi sume blur saje,,
tapi mintak gak acik ambikkan gambar sebab dy urusetia,,

anwar dan acik aku,, isy2 jeles gak

uhh sangat ramai orang malam tadi,,

p/s: buku sherlock holmes(study of scarlet) terjemahan bahasa melayu  dah release,,
saya nak satu!!!

Sabtu, 22 Mei 2010

Aku bukan si luncai

Saat si luncai ingin terjun ke sungai dengan labu-labunya,,
orang-orang berkata: biarkan,,


tiada yang peduli,,
Mengapa aku bukan si luncai?
kerana si luncai sudah pun terjun dengan labu-labunya dulu disebabkan tiada yang peduli,,


Apalah yang hendak dipedulikan orang tentang si luncai yang hanya ada beberapa biji labu itu,,
Tiada apa yang lebih pun jika berdamping dengannya,,
Mereka lebih suka berdamping dengan orang yang ada padanya kepentingan,
atau yang mampu memberi mereka nama dan menang sorak(populariti),,
supaya dipandang orang yang elok-elok saja,,
dan yang lebih penting supaya semua orang tunduk dengan kata-katanya,,
maklumlah, dia sahaja yang betul,,
berasakan diri sendiri tidak pernah salah,,


Maaf si luncai sebab tiada seorang@sorang rakan pun yang ingin mengikut engkau,,
Luncai yang biasa-biasa saja,,

End of Luncai n Labu

ohh ya malam nie,ade ceramah DSAI di markas Pas M.Tanah,,
entah tetibe rasa ingin bersemangat pergi ke situ,,
jika dia jadi datanglah,,
maybe next post untuk detail seterusnya,,

p/s:selamat lail@malam,,


MUNGKINKAH LABU-LABU SI LUNCAI AKAN BAHAGIA??

Khamis, 20 Mei 2010

air paip menjadi sejuk apabila tiba musim hujan 2

Pernah kamu imagin ketika kali pertama kamu melihat air yang berterusan mengalir dari kepala paip?
mungkin ketika itu kamu masih bayi kecil yang pantang melihat benda bergerak-gerak, seperti anak-anak kucing yang terperanjat melihat ekornya sendiri,,
kemudian kamu semakin dewasa dan tiada lagi keajaiban yang boleh diharapkan jika hanya melihat paip air,,
tetapi bukan seperti si anak kecil ini,,
dalam umurnya bersekolah rendah, barulah kali pertama dia melihat paip air,,

seperti yang aku katakan sebelum ini, jangan terperanjat jika masih ada orang yang ketinggalan seperti si anak kecil,,
semulajadi sudah cukup bukan??

Memang menjadi kebiasaan dan perilaku manusia terhadap benda baru,,
paip air itu menjadi bahan rebutan seluruh ahli keluarga,,
semua menjadi rajin mandi ,rajin membasuh baju dan rajin mencuci pinggan mangkuk,,
beban si ibu berkurang,,
tak perlu lagi bersuruh-suruh anak-anaknya untuk mandi,,
kerja mencuci juga menjadi ringan,,
semuanya disebabkan paip air yang satu itu,,











namun beban si ayah pula bertambah,,
jika sebelum ini,bekalan air adalah percuma,
tetapi bukanlah selepas kemunculan si paip,,
setiap bulan nanti si ayah perlu membayar bil-bil yang melemaskan,,
Bukankah setiap kesusahan itu ada kesenangan?
dan aku juga percaya setiap kesenangan juga disertai kesusahan,,
seperti kesenangan melalui paip air,yang susahnya adalah pada poin membayar bil,,

Nasib yang menyenangkan kepada si ibu,dan kemudian nasib yang menyusahkan bagi si ayah,,
Apakah kamu lelaki, rasa ini tidak adil?
Berhenti berfikir begitu dan cuba kamu intai sesuatu yang lebih indah melalui ketidakadilan itu,
Yang senang itu isterimu,dan bukankah kamu menyintai si isteri yang menyenangkan perasaanmu?
Senangnya si ibu mampu menyenangkan seisi keluarga,
Bebannya diringankan dan kini dia lebih mampu melayan kerenah keluarga dengan layanan yang lebih layak,,
Tetapi jika si ayah mengharapkan beban membayar bil air itu tiada, hanyalah dia semata-mata mementingkan kesenangan dirinya,,
Kesenangan si ibu sesungguhnya adalah kesenangan seisi keluarga...

end of incidental part 2

hanyalah cerita tentang paip air,,

p/s serius  air paip memang sejuk time2 hujan cmni,,
ilham datang atas dasar kesejukan,,
dan mungkin alasan malas nak mandi,,
berusahalah!!!

air paip menjadi sejuk apabila tiba musim hujan 1



Kampung ini tidak pernah menerima bekalan air paip sejak dari mula kemunculannya,,
Apa yang nak dihairankan,bukankah sudah cukup bekalan air yang Tuhan bekalkan melalui sumber yang dipanggil manusia sebagai semulajadi??
Tidak mengapalah jika tidak memberi satu keluarga RM1000 pun ketika tiba-tiba pilihanraya menjelma di kawasan kampung ini,,
Semulajadi itu sudah cukup berbakti dalam menghidupkan penghidupan orang-orang kampung,,

Dan bila tiba-tiba gerombolan-gerombolan manusia tiba-tiba muncul,,

Si anak kecil: siapa ini rakan? dan apa yang mereka bawakan untuk kita ,,


rakan si anak kecil : kutip sajalah apa-apa yang jatuh, lagi kamu bersoal, telah habislah hadiah-hadiah ini dikutip orang lain,,




seumur hidup anak kecil ini,dia hanya pernah melihat ibu,ayah,kakak,abang,adik,jiran-jiran dan mungkin juga dia menyedari akan kewujudan seorang ketua kampung,
tapi sungguh bukan orang-orang yang baru tiba lalu muncul dengan bermacam barang dan berjanji bermacam kata,,
apakah ini keadaan orang-orang dari kawasan yang bermandi nikmat mendapat bekalan air??
kecoh riuh seluruh kampung dengan bermacam-macam ganjaran,,
tiada yang menghiraukan satu sama lain melainkan mata yang terbeliak memandang nikmat-nikmat yang sedang direbut-rebut,,

berlari-larilah anak kecil, bagai Siti Hajar mencari air,,(sperti lirik lagu M.Nasir)
kerana larian anak kecil ini sekarang lebih berharga,
berharga oleh sebab banyaknya hadiah-hadiah dalam pelukannya,,
hadiah yang tadinya hanya sedikit, namun menjadi banyak dalam laluan ke rumah,,
hasil kutipan di sepanjang laluan, yang mungkin dicicirkan si tamak haloba yang mengendong hadiah dengan banyak, melebihi besar pelukan sendiri,
sehingga tidak menyedari berciciran hadiah berharga yang jatuh,,
kamu juga yang beruntung si anak kecil,,

Photograph of One of the narrow streets of Xijiang - China - Asia

Bila tiba di rumah,dijerit-jerit si anak kecil akan hadiah yang dibawanya,,
Yang ini untuk ayah,yang ini untuk ibu,yang ini untuk abang,yang ini untuk kakak dan yang ini untuk adik,,
Tiada siapa yang merampas dan merebut,,
melainkan ketika itu semua ahli keluarga berkerumun di kawasan tempat mandi,,

si anak kecil: apakah ini ibu? bukankah aku membawa hadiah dan sepatutnya kamu semua berkeliling ke arahku dan bukan disini,,
si ibu: bukan hadiahmu itu tidak menarik perhatian kami nak, lihat ini, sesuatu yang memudahkan kita telahpun kita miliki,,
si anak kecil: apakah ini ibu? keras dan berkilat,kemudian bersambung-sambung di sana sini,, hadiahku itu lebih cantik balutannya,,
si ibu: apakah rupa yang cantik kamu harapkan nak,,sedangkan kamu tidak pernah lagi mengetahui perihal benda yang buruk ini,, yang bersambung-sambung ini dinamakan paip,yang apabila dibuka,air lalu mengalir keluar.......

kegembiraan keluar mengalir sederasnya keajaiban yang ada di depan mata si anak kecil,,
begini rupanya yang dikatakan orang air paip,,

****************************************

end of incidental  *part 1
mungkin akan bersambung,,

Isnin, 17 Mei 2010

SIBU bertukar menjadi BISU





CUBA cari lagi perkataan lain dalam perkataan SIBU nie,,
  • BIUS
  • UBI
  • IBU
  • ISU
Mungkin ade lagi perkataan lain (cari sendiri saje)
yang aku tak nampak boleh dikeluarkan,,

Tapi perkataan pertama yang aku nampak adalah BISU,,
Persoalannya kenapa bisu???

mungkin semua tahu, pilihanraya yg baru je diadakan di Sibu,,
selesai dah,,
dan kemenangan dipertanggungjawabkan ke atas Pakatan Rakyat,,
melalui calon dari DAP,,
saya ulang,,
yang menang adalah Pakatan Rakyat,,

Persoalan lagi,,
mengapa saya ulang parti yang menang dan mengapa saya katakan Sibu menjadi bisu pada awal tadi??

Kamu boleh lihat sendiri rasanya,,
media2 seakan2 senyap sahaja,,
tidak heboh2 siapan yang menang,,
tidak seperti semase kemenangan BN di Hulu Selangor lepas,,

Serius seperti tiada apa2 yang berlaku,,
walaupun kemenangan hanya bermajoriti sebanyak 398 undi,,
MENANG TETAP MENANG bukan??

yang kelihatan hanyalah kebisuaan dan kelesuan,,
media yang selama ini dimaksudkan saluran informasi seakan2 hilang upayanya,,
entah di mana letaknya kekuatan sebenar media,,
mungkin hanya boleh menjadi pak lawak dan joker,,
bahan hiburan semata yang boleh diharapkan kualitinya,,

Bisukah anda??



Ahad, 16 Mei 2010

perlu belajar menulis title yg sesuai dgn post


Kalau korang perasan,,
ade satu iklan pm and the others menteri kabinet mengucapkan terima kasih cikgu n selamat hari guru,,
agak mesra dan menarik perhatian juga,,
cikgu2 dyorang gerenti bangga,,
of coz lah kan..

















dan kalau dulu korang pernah dok kat asrama sekolah,,
tentu banyak citer2 seram dan berunsur hantu yg menghantui asrama tu,, ;)
kebanyakannya pon cerita turun temurun yg dipreserve kan oleh senpai2,,
dan kemudian diwarisi si junior2,,
seumpama keris barang tinggalan pusaka yang diberi semangat baru pabila di asap kemenyankan,,
cerita2 warisan juga perlu diceritakan kepada warga baru bagi diangkat semangatnya,,(faham ke?)
ohhhh,,

teringat cerita budak junior histeria lepas masok toilet sekolah,,
err toilet yg betol2 seblah kelas kami dulu,,
toilet yang bersambung dengan bilik persalinan yg juga merupakan port melepak waktu prep malam,,
memang kecoh juga orang bercerita,,
so aku pon tolong spread cerita itu kepada seorang guru,,
kate cikgu tu,,
'kawasan toilet tu keras,,'

hmm musykil gak aku,,
kitorang ni berjiran dengan toilet tu,,
lagi2 toilet tu toilet angkat kami=setiap kelas diberi satu toilet untuk dijaga kebersihannya,,
tk pernah tau lak toilet tu keras,,
kate cikgu tu lagi,,
'memanglah keras sebab toilet tu dinding dia batu'

aiii cikgu nie melawak lak dia,,
kita nie serius bercerita,,
hmm takpe cikgu,saya bagi peluang lah,,XD
ohhh 
sempena hari guru nie, tringat kat skolah,,
cikgu2 dan kawan2 dan kucing2,,

mungkin setiap hari,, ramai orang lalu lalang depan kita,,
mereka datang dan pergi,,sekejap dan sebentar,,
tapi hanya yang teristimewa kekal dalam hati kita,,

buat insan2 yang bergelar guru,,
secara langsung atau sebaliknya,,

terima kasih cikgu,,

SELAMAT HARI GURU,,

Jumaat, 14 Mei 2010

wafiy: "congratz...you r tagged!!pliz visit my blog"



serius,, aku sendiri pon musykil dengan title post nie,,
tapi serius,, tag ini membantu untuk percubaan mengepos entry baru,,XD
uhh,, seperti yg diminta,,:


saye jawab soklan dulu ;p




1.What are you craving now?
   *oh mungkin tunggu second year nyer biasiswa XD

2.Where is the place that you want to go most?
   *is it tingkat 11??
3.If you can have 1 dream to come true,what would it
   *eittt ne bley tau,,



4. Which type of person do you hate the most
   *ohhhhh
5.Do you believe in seeing a rainbow after the rain
   *not kinda like this stuff,, tp saye percaye sronok tido mase ujan ;p
6.If you have fault,would you rather the people around you point out to you or would you rather they keep quiet?
   *kalo tk salah pon ramai orang lebey suke menuding jugak,, pity
7.Find a word to describe the person who tagged you!
   *u like to play huh?? XD


Instructions:Remove 1 question from below and add in your personal question.Make it a total of 7 questions then tag 8 people in your list.List them out at the end of this post.Notify them in their shoutbox that he/she has been tagged!


1.What are you craving now?
2.Where is the place that you want to go most?
3.If you can have 1 dream to come true,what would it
4.What do you think about Prof Ezz
5.Do you believe in seeing a rainbow after the rain
6.If you have fault,would you rather the people around you point out to you or would you rather they keep quiet?
7.Find a word to describe the person who tagged you!


p/s-hop don`t be too pressure to finish this homework...he2


Now...the selected person..(kamu bertuah nie,,)


1. W.B@ wan balqis Wan Muda
2. Zawani Zainudin
3. Zuhairah Rusmani
4. Aiman Gugu
5. Adilah Bokti
6. Azhani Sulaiman pinky
7. Ishaq
8. orang Jepon seblah umah kat glenview


post ini dicedok dari blog wafiy dan kemudian diubah mengikut kesesuaian,,
semua soalan dicopy buta2 except soalan nombor 4 yg dihighlightkan tu soalan sendiri,,
kepada org2 yg ditag,,kalo anda rajin dan ingin mengepos benda nie, sila tulis sekali jawapan kpd soalan yg diajukan diatas,, hoho


soalan sebenar bole dirujuk kat http://checkmate19.blogspot.com/






soalan no.4 yg asal nie ak tukar,
4.Which type of person do you hate the most?

uhh benci tkde la kot,, tak senang saje,,
sbb sumtime people ade sebab terdesak untuk berperangai yg tk menyenangkan org lain,,
so no komen,,
jika berasa bersalah,, mereka akan sedar juga lastly,,
lebih baik bukan,, berbanding orang yg rasa mereka selalu betol?
yg selalu mendesak dan mengasak orang lain,,
sehingga tiada yg berselera menegur mereka,,

Isnin, 10 Mei 2010

tiade pura2 untuk mereka

KUDA BELANG

seorang guru tadika memakai tudung hitam berbelang putih,,,
seblom sampai tadika dy mmg dah dapat rasekan yg budak2 nanti akan mengushanyer sebagai kude belang,,
tp nak wat cmner tudong tu mmg sgt kena dgn baju,,
besar sungguh risiko yg diambilnyer,,
dan seperti jangkaannya,,

budak2 :eh tudung cikgu aida macam kuda belang lah,,diikuti gelak tawa bahagia beramai2,,
cikgu aida: da agak dah nie (sambil tersenyum memalu)


dan entah macam mane,, telah terjadi hal yg membuatkan cikgu aida perlu berjalan pantas,,


budak2:eh tgk tu,kuda belang berlari2 lah,,(bergema2 ketawa)
cikgu aida: ????? ;p




DOA

seperti malam2 sabtu lepas,, si budak a dan si budak b mengikut mak dan ayahnya ke kuliah yang diadakan selepas maghrib,, dan seperti biase, budak a dan budak b akan bermain2 dan melompat2 gembire di sekitar markas tempat kuliah,,
bermain2 sambil menanti jamuan ringan selepas solat isya',,
(LAUK DAGING MASAK KICAP YG LAZAT)
dan malam itu si ust yg bg kuliah tersyok sikit ceramah sbb bru je balik dri hulu selangor(sehari b4 plhanraye),,
jadi terlambat sikit habis kuliah n solat isya'...
semase ust bace doa pas abes solat:

budak a+budak b : Allahumma barik lana fii maa razaqtana.......(dibace dgn nada menjerit)
org ramai: ?????(sambil menggeleng kepale dan tersenyum simpul)

 p/s : oppss cepat2 sket ust,, ;p


NAK MAKAN EH??


ust adli dan isterinya dalam perjalanan pulang dari kl,,
sepatutnya malam tu, giliran ust adli menyampaikan kuliah di markas,,
tapi sampai di seremban, jammed pulak,,
ditambah perlahan perjalanannya sebab hujan turun lebat,,
bile sampai di markas,jemaah dah abes solat isya' dan tengah menuju ke tempat jamuan,,
jadi ust dan isterinya join je lah,,


di tempat makan org pempuan::::


budak a:nape datang lambat??(kecik2 da pandai tanye benda pelik2 nie)


istri: oh tadi ade jammed dekat seremban,saye dan ust baru balik dari kl,,
(terang si istri kpde pmpuan2 lain,,maybe terase diprovoke oleh soklan budak kecik tu,,)



budak a::: datang lambat nie sebab nak makan lah tu,, (jerit budak a tanpa memikir ape2 kesan dosa)
teeeeeetttttttt!!!!(buzer)

hmm hahaha bagos gak idea budak2 nie,, teros terang dan jelas sekalii,,
tabikk akak bagi niee!!!

p/s:eip watch ur mouth la adik,, hahaha but,, good job,,
sudah tentu mereka sgt jelas niat di hati sendiri,, maybe mereka rase sgt puas dpt menyuarakannya,, dgn senang hati dan bebas merdeka,,,
ohhh...they will learn later as they are getting mature,,,,




eiip,, my mouth nie sgt lazerrrrz gituu!!! hohoho








this naughty boy showed me that he had completed his homework for da first time lorh~

Sabtu, 8 Mei 2010

wah wah wah

Malaysia maju di zaman merdeka....
Umatnya bergerak berbanding bahu....




Karnival koku ke nta pe di smk Ghafar Baba, Melaka,,
dan kerana itu kami ditugaskan membuka gerai buku kat situ,,
taklah untung sebab tapak gerai mahal sampai rm50,,
cume balik modal je+dapat promosi kedai,,

tkde pe yang menarik perhatian,,
sehinggalah datang seorang pakcik yang juga menjaga meja mempromosi kolej matrikulasi,,
dia sibuk menerangkan pasal kenaikan pangkat yang langsung tk difahami,,
yg aku faham cume amaun gaji yg akan diterima jika bergelar doktor,,hahaha
dan tibe2 lagi dia bertanye macam2,,
betol2 minat,, dia nak tau pasal USIM,,

dan tibe2 dy bertanye lagi,,
dia ade kenal seorang budak perempuan USIM medik,,
budak Tg Kling,,
name ayah dy En.Leman,,
dulu penah masok matrik Melaka,,
2 minggu katenya,,


ait??????????????
sah2 saye kenal benar pakcik,,
kawan saye tu,,
(dia skang nie da up jadi pengurus tau,, hoho)

popular rupenyer si tikah,,
tk ckap pon kat kitorang,,
bler arr pasni jadi duta kedai,,
hahaahahha
sori weyh,,,
cmni ak pon nak test market gak kat Melaka,,

p/s: tkah pasni berhenti keje pengurus tu,, letak jawatan tau,, ;p
isy tapi rasenya ramai yg berkenan kat produk USIM nieh,,
USIM terus maju!!!!

Khamis, 6 Mei 2010

Surau kecil belakang sekolah,,,

Menyusuri semak2 di belakang rumah Tok Karim yang bersambung dengan belakang sekolah,,
hanya untuk membeli makanan ringan yang dijual di rumah Nek Yam yang berdepan dengan surau kecil,,
kalau nak beli aiskrim malaysia,, ade dijual di rumah Tok Karim, orang tua  yang kaye lagi berharta,,
laluan belakang sekolah juga amat semak dan penuh dengan rumput,,
sesuai lah menjadi latar tempat bagi cerita2 dongeng yang direka cipta oleh imaginasi kanak2 yang penuh misteri,,
sambil berjalan teringat cerita hantu dari lubang tandas yang terbiar kat belakang sekolah,,
dan banyak lagi cerita hantu yang mungkin benar atau palsu,,
macam cerita hantu dalam bilik muzik,,
cerita budak yang mati dibunuh dalam bilik stor dekat library,,
wahh banyak nyer cerita yang budak2 ni tau,,




















Apelah yang best sgt cerita tentang surau kecik nie,,
Hanyalah mengingatkan aku tentang SK Bukit Beringin,,
err rakan2 yang tentu2 aku tak ingat lagi,,
entah mane dyorang skang,,
dan surau tu,,
imam dia yg still same,,
Ust Aziz yg merupakan ayah kpda classmate ak dulu,,
Muhsin namenya,,

dy pendek2 dan ade kidney failure sejak kecik,,
jadi kawan2 yang selalu angkatkan beg dy,,
walo sakit pon dy nie jenis yang suke buli orang gak,,
dan antara budak pandai kat dalam kelas,,

nak dikisahkan mase darjah 3,
cikgu buatlah pemilihan untuk lantik ketua kelas,,
entah  macam mane dlam beberapa name budak laki,,
sape yg dajal telah mencadangkan name aku nie,,
name aku last sekali,,
dan ade lah beberape name sebelum name aku,
tapi sebab tak kenal lagi,,
sume orang takot2 nak angkat tangan untuk undi,,
jadi bile sampai time nak undi name ak,,
cikgu pon cakaplah,,nape tk angkat tangan sume orang nie??
jadi sume orang angkat tangan sebab cikgu cam da marah,,
cess,, malang giler,,
asal lah time ak jadi macam tu,,,,
so,jadilah ak ketua darjah yang tk berkaliber langsung,,
bile cikgu takde, kene pegi depan,,
jage kelas lah kann,,
buat kotak tulis L ngan P,,
tulis name budak bising pastu bagi kat cikgu,,
pastu nanti kene rotan tau,,
hahaha sorilah ye,,

sebab si muhsin nie kaki bising,ak tulislah name dy and da gang,,
waa puas ati gitu,,
then cikgu roshayati masuk,dy rotan sume name2 kat papan hitam,,
nta salah siapa si muhsin nie muke dy tibe2 jadi biru,,
tak pasti lak same de kene mengena ke dengan penyakit dy tu,,
tp ak trase besalah,,
bile teserempak dgn mak dy ak jadi cuak,,
eip makcik,,bukan salah saye,,hohoohoo
cehh sape suh bising,,
hahaha
nta pe2 je,,
nta kat mane kamu semua,,,

p/s menakutkan je hantu2 kat belakang sekolah tu,,,,