Jumaat, 11 Disember 2009

PERCAYALAH,,,

Waktu ini, aku masih terfikir sama ada nak join atau tak perjumpaan dengan kawan2 kelas waktu sekolah dulu sabtu ni. Dah 2-3 minggu berlalu ketika beberapa orang kawan menghantar mesej mengajak aku join sekali,reunion kali kedua@ketiga di Sunway Pyramid.Aku excited sangat sebab memang suka sangat jumpa kawan2 sekolah.Mungkin sebab kehidupan terlama aku habis kat sekolah,jadi aku rasa kawan2 tu sangat berharga.Sebelom apa2 aku tanya emak dulu, boleh atau tak aku join kawan2 lain. Emak macam biasa memang berat hati nak bagi aku keluar tapi tutur katanya memang berlapis.Emak tak terus menghalang aku nak keluar, tapi bertubi-tubi soalan yang dia keluarkan sebelum benarkan aku keluar.Aku tahu, emak tak melayan aku seperti anak kecil yang perlu diperhatikan dan dibentuk setiap gerak-gerinya tapi emak cakap anak2perempuan ni,bukan macam anak lelaki.Kalau kita hantar ke stesen bas, biar kita tunggu sekali sampai bas tu jalan.Takpelah kalau kita kene tunggu lama sekalipun asalkan anak tu selamat.

Aku ingat lagi masa first time kawan2 ajak keluar pegi seremban.Aku punye la excited ni,da siap rancang nak ambik bas dari tampin dengan kawan2 pastu terus pegi seremban.At last, mak ngan ayah yang kene hantar aku pergi jusco seremban 2 sebab aku tertinggal ic dekat asrama camelia court.

Berbalik pada cerita tadi, emak benarkan aku pergi tapi ada kata2 yang bersambung di belakangnya.Emak kata,kawan2 ni bile da lepas sekolah,kite dah lame tak same2,perasaan tu dah berubah.Mungkin dyorang tak kisah po dapat jumpe aku atau tak,yang penting dyorang boleh keluar jalan2. Hmm, tak bagi pergi la tu, aku katakan pada emak.Tapi emak diam je.Aku sendiri pun jadi serba-salah tapi dalam hati aku memang nak pergi.

Beberapa hari lepas,aku dapat mesej daripada Balqis dia kata dia tak dapat pegi ada financial problem sikit.Dan aku memang da rase taknak pegi jugak sebab nak jumpa Balqis adalah salah satu catalyst yang buat aku nak pergi.Then,hari ni citah&elia hantar mesej dia tak pegi,so dengan rasminyalah aku memang takkan pegi reunion tu.

Emak pulak bile aku mesej cakap aku tak jadi pergi, dia excited giler. Alhamdulillah katanya.Aku? Aku rase tu doa mak kalo elok untuk aku,permudahkan tapi kalo tak elok untuk aku,dijauhkan.Sekarang aku percaya kata2 emak dan selama2nya insyaAllah, kawan2tak kisah pon aku pergi atau tak,perasaan dulu dah berubah sama sekali.Dan dari sudut ni aku belajar sesuatu,perasaan ibu bapa pada anak2 takkan pernah berubah, yang terbaik untuk anak2 walau bukan yang sempurna.Aku harap aku tak letak harapan pada kawan seperti sebelum nie. Lama2 nanti kawan2 akan berubah,dan they dont want me in their life. Percayalah, emak dan ayah takkan pernah menolak kita,sampai bile2. Sampai bile? Sampai ke syurga dan selamanya.

Tiada ulasan: