Jumaat, 11 Disember 2009

PERCAYALAH,,,

Waktu ini, aku masih terfikir sama ada nak join atau tak perjumpaan dengan kawan2 kelas waktu sekolah dulu sabtu ni. Dah 2-3 minggu berlalu ketika beberapa orang kawan menghantar mesej mengajak aku join sekali,reunion kali kedua@ketiga di Sunway Pyramid.Aku excited sangat sebab memang suka sangat jumpa kawan2 sekolah.Mungkin sebab kehidupan terlama aku habis kat sekolah,jadi aku rasa kawan2 tu sangat berharga.Sebelom apa2 aku tanya emak dulu, boleh atau tak aku join kawan2 lain. Emak macam biasa memang berat hati nak bagi aku keluar tapi tutur katanya memang berlapis.Emak tak terus menghalang aku nak keluar, tapi bertubi-tubi soalan yang dia keluarkan sebelum benarkan aku keluar.Aku tahu, emak tak melayan aku seperti anak kecil yang perlu diperhatikan dan dibentuk setiap gerak-gerinya tapi emak cakap anak2perempuan ni,bukan macam anak lelaki.Kalau kita hantar ke stesen bas, biar kita tunggu sekali sampai bas tu jalan.Takpelah kalau kita kene tunggu lama sekalipun asalkan anak tu selamat.

Aku ingat lagi masa first time kawan2 ajak keluar pegi seremban.Aku punye la excited ni,da siap rancang nak ambik bas dari tampin dengan kawan2 pastu terus pegi seremban.At last, mak ngan ayah yang kene hantar aku pergi jusco seremban 2 sebab aku tertinggal ic dekat asrama camelia court.

Berbalik pada cerita tadi, emak benarkan aku pergi tapi ada kata2 yang bersambung di belakangnya.Emak kata,kawan2 ni bile da lepas sekolah,kite dah lame tak same2,perasaan tu dah berubah.Mungkin dyorang tak kisah po dapat jumpe aku atau tak,yang penting dyorang boleh keluar jalan2. Hmm, tak bagi pergi la tu, aku katakan pada emak.Tapi emak diam je.Aku sendiri pun jadi serba-salah tapi dalam hati aku memang nak pergi.

Beberapa hari lepas,aku dapat mesej daripada Balqis dia kata dia tak dapat pegi ada financial problem sikit.Dan aku memang da rase taknak pegi jugak sebab nak jumpa Balqis adalah salah satu catalyst yang buat aku nak pergi.Then,hari ni citah&elia hantar mesej dia tak pegi,so dengan rasminyalah aku memang takkan pegi reunion tu.

Emak pulak bile aku mesej cakap aku tak jadi pergi, dia excited giler. Alhamdulillah katanya.Aku? Aku rase tu doa mak kalo elok untuk aku,permudahkan tapi kalo tak elok untuk aku,dijauhkan.Sekarang aku percaya kata2 emak dan selama2nya insyaAllah, kawan2tak kisah pon aku pergi atau tak,perasaan dulu dah berubah sama sekali.Dan dari sudut ni aku belajar sesuatu,perasaan ibu bapa pada anak2 takkan pernah berubah, yang terbaik untuk anak2 walau bukan yang sempurna.Aku harap aku tak letak harapan pada kawan seperti sebelum nie. Lama2 nanti kawan2 akan berubah,dan they dont want me in their life. Percayalah, emak dan ayah takkan pernah menolak kita,sampai bile2. Sampai bile? Sampai ke syurga dan selamanya.

Bezanya,,

LAKI VS PEREMPUAN: sape lagi peramah?
Kalo dari biase memang orang akan cakap perempuan lagi peramah@banyak mulut.
Tapi cube perhatikan situasi nie:
Time makan tengahari kat kafe fakulti,kalo budak perempuan dyorang akan pilih meja yang takde orang,duduk dengan kawan-kawan yang kenal rapat,berbual-bual sikit je,more concentrate kat makanan.
Tapi budak laki, dyorang akan duduk je kat mane2 tempat yang kosong. Tak kire senior ke junior. Tetibe je dyorang terus berbual macam da lame kenal(senior+junior+staf). Cakap lak dengan nada yang kuat nak mati sampai sume orang dalam kafe tu bole tau ape yang dyorang bualkan.
Perempuan memang kebanyakannya peramah, tapi pelik pulak akt situasi nie.Rase macam ade gap yang besar antara senior perempuan+junior+staf.Bole la nak dikatekan, senior rase dia lagi besar g banyak knowledge so ape la sangat junior tu. Staf lak fikir, aku da keje,da lepas da zaman kampus nie.Tak men ar kan..Junior lak fikir, isy sombong giler akak2 nie.
Kalo kite berhenti solat kat mane2 masjid lak kalo orang perempuan berjumpa dengan perempuan lain yang tak dikenali, mesti senyum2 je. Tapi kalo orang laki, tetibe je dyorang da bole berkenalan lak.hmm
Yang pasti nye ringan2kan ar mulut pas nie..
Dalam hal nie kite bole la contohi budak laki dengan mengurangkan rase status diri yang tinggi dari orang lain nie.Tak sume laki camtu tapi bole dikatekan kebanyakan
nye la...
Just nice to be a girl...especially to be a MUSLIM...

Selasa, 8 Disember 2009

BILA LAMA TIDAK BERSUJUD

Selalu
Bila aku lama tidak bersujud
Hati akan merana
Seperti aku dicipta untuk berduka,
Dan selalu
Jasad derita
Dengan lemah dan payah
Dengan hati yang resah,
Dan Dan selalu
Aku ingati dan aku lupai
Bila resah ingat
Bila senang bermimpi,

Isnin, 7 Disember 2009

PENGISI self study,,

Hari nie da stat sem 2 yang takde maknenye bole relax2. Hari pertame kelas, mesti sume orang terpikir (temasok aku nie)clas tak stat lagi, daftar je pastu bole balek. Kalo datang awal,daftar awal tak payah la nak beratur panjang,, Dalam beg lak takyah bawak ape2, cukup pen sebatang ngan buku nota kecik yang kosong... Kalo masok kelas pon mesti borak2 je takpon makan2 la... Tapi tetibe seorang abang berambot pacak masok ke lecture hall,,aku yang ketika itu tengah merenung lecture hall tu,(konon rindu giler la)terkedu seketika. Aku terase macam sesuatu yang tak best akan terjadi and sangkaan aku memang tepat giler.. Abang pejabat tu hulur la 2 set jadual lecture. Sah2 la kelas akan start hari nie,, cube dyorang bagi jadual lambat sikit, baru ar ade alasan tak tau ade kelas ke,hee tak sangke betol dyrg kejam sgt,, dan beberape minit je pas tu, class biochem start tap naseb baik bincang pasal soalan final sem lepas, anatomy lak teros je blaja pasal front of thigh and blabla fuh jammed otak. Disambung lak dengan klas fisio 2jam lbey camtu,,hmm sangat memenatkan patot bley kene darah tinggi,, biler ade gap je utk self stadi ak bace buku yg menyeronokkan ar,, so takde ar stress..xkan nak stadi je, nak tengok buku2 tu tak??



Macam nak wat koleksi je,, versi bahasa melayu punyer,,
SELF STUDY bertukar menjadi SHERLOCK HOLMES,,YEAH

Sabtu, 5 Disember 2009

PINDAH!!!


Setelah besusa, at last dapat pindah blog,, please support as the backbone!!!