Ahad, 23 Mei 2010

sekali lagi terlupa menulis tajuk,,

Tak sampai sejam pon Anwar berceramah tadi,,
serious tk brape puas dengar status-status terkini isu politik yang lancar keluar dari mulut seorang pemidato,,
Dengan makcik-makcik yang dok berborak di kanan kiri,,(tkyh dtg kot)
Budak-budak yang tak dicontrol oleh mak bapak sendiri,,sangat-sangat bising,,
Pakcik-pakcik yang selamba duduk atas kerusi lantas menghalang pemandangan ramai orang kat belakang,,
Rasa agak sakit hati saje,,
Ambil inisiatif berdiri sepanjang ceramah tu,,
Baru puas hati,,

time aku sampai Tian Chua sedang berceramah,,
specifically tentang pilihanraya di Sibu hari tu,,
dan kemudian diganti-ganti dengan ramai penceramah lain sebelum dipuncakkan dengan ceramah dari Anwar,,
banyak benda menarik,,

dan yang nak aku kongsi berkenaan isu calon pkr, parlimen hulu selangor yang dikatakan dulunya pernah terlibat dengan arak,,
dikutuk dengan berbagai kutukan,menunjukkan aib si calon yg kononnnya tidak bermoral,,
dia mengakui tetapi itu waktu dulu ketika dalam U_N_,,
bising giler isu nie hari tu,,
dan kalo effect pon adalah kpda undi Melayu,,

yang menariknya,kata Anwar,,
ada seorang ahli parlimen pembangkang bertanya kepada ahli-ahli parlimen U~ yang lain,,
Siapa yang berani cakap dia tak pernah sentuh arak??
Errr tiada seorang pun dari pihak mereka yang berani mengaku melainkan tunduk dan bertekur malu sendiri,,
ingatkan bising-bising kesalahan orang,diri sendiri tak pernah buat,,
rupanya mereka nie....................(buzer)

lebih baik selepas melakukan kesilapan itu kita sedar dan insaf,
dari terus menerus melakukan kesilapan,,

banyak trial aku buat nak ambik gmbar tapi sume blur saje,,
tapi mintak gak acik ambikkan gambar sebab dy urusetia,,

anwar dan acik aku,, isy2 jeles gak

uhh sangat ramai orang malam tadi,,

p/s: buku sherlock holmes(study of scarlet) terjemahan bahasa melayu  dah release,,
saya nak satu!!!

Sabtu, 22 Mei 2010

Aku bukan si luncai

Saat si luncai ingin terjun ke sungai dengan labu-labunya,,
orang-orang berkata: biarkan,,


tiada yang peduli,,
Mengapa aku bukan si luncai?
kerana si luncai sudah pun terjun dengan labu-labunya dulu disebabkan tiada yang peduli,,


Apalah yang hendak dipedulikan orang tentang si luncai yang hanya ada beberapa biji labu itu,,
Tiada apa yang lebih pun jika berdamping dengannya,,
Mereka lebih suka berdamping dengan orang yang ada padanya kepentingan,
atau yang mampu memberi mereka nama dan menang sorak(populariti),,
supaya dipandang orang yang elok-elok saja,,
dan yang lebih penting supaya semua orang tunduk dengan kata-katanya,,
maklumlah, dia sahaja yang betul,,
berasakan diri sendiri tidak pernah salah,,


Maaf si luncai sebab tiada seorang@sorang rakan pun yang ingin mengikut engkau,,
Luncai yang biasa-biasa saja,,

End of Luncai n Labu

ohh ya malam nie,ade ceramah DSAI di markas Pas M.Tanah,,
entah tetibe rasa ingin bersemangat pergi ke situ,,
jika dia jadi datanglah,,
maybe next post untuk detail seterusnya,,

p/s:selamat lail@malam,,


MUNGKINKAH LABU-LABU SI LUNCAI AKAN BAHAGIA??

Khamis, 20 Mei 2010

air paip menjadi sejuk apabila tiba musim hujan 2

Pernah kamu imagin ketika kali pertama kamu melihat air yang berterusan mengalir dari kepala paip?
mungkin ketika itu kamu masih bayi kecil yang pantang melihat benda bergerak-gerak, seperti anak-anak kucing yang terperanjat melihat ekornya sendiri,,
kemudian kamu semakin dewasa dan tiada lagi keajaiban yang boleh diharapkan jika hanya melihat paip air,,
tetapi bukan seperti si anak kecil ini,,
dalam umurnya bersekolah rendah, barulah kali pertama dia melihat paip air,,

seperti yang aku katakan sebelum ini, jangan terperanjat jika masih ada orang yang ketinggalan seperti si anak kecil,,
semulajadi sudah cukup bukan??

Memang menjadi kebiasaan dan perilaku manusia terhadap benda baru,,
paip air itu menjadi bahan rebutan seluruh ahli keluarga,,
semua menjadi rajin mandi ,rajin membasuh baju dan rajin mencuci pinggan mangkuk,,
beban si ibu berkurang,,
tak perlu lagi bersuruh-suruh anak-anaknya untuk mandi,,
kerja mencuci juga menjadi ringan,,
semuanya disebabkan paip air yang satu itu,,











namun beban si ayah pula bertambah,,
jika sebelum ini,bekalan air adalah percuma,
tetapi bukanlah selepas kemunculan si paip,,
setiap bulan nanti si ayah perlu membayar bil-bil yang melemaskan,,
Bukankah setiap kesusahan itu ada kesenangan?
dan aku juga percaya setiap kesenangan juga disertai kesusahan,,
seperti kesenangan melalui paip air,yang susahnya adalah pada poin membayar bil,,

Nasib yang menyenangkan kepada si ibu,dan kemudian nasib yang menyusahkan bagi si ayah,,
Apakah kamu lelaki, rasa ini tidak adil?
Berhenti berfikir begitu dan cuba kamu intai sesuatu yang lebih indah melalui ketidakadilan itu,
Yang senang itu isterimu,dan bukankah kamu menyintai si isteri yang menyenangkan perasaanmu?
Senangnya si ibu mampu menyenangkan seisi keluarga,
Bebannya diringankan dan kini dia lebih mampu melayan kerenah keluarga dengan layanan yang lebih layak,,
Tetapi jika si ayah mengharapkan beban membayar bil air itu tiada, hanyalah dia semata-mata mementingkan kesenangan dirinya,,
Kesenangan si ibu sesungguhnya adalah kesenangan seisi keluarga...

end of incidental part 2

hanyalah cerita tentang paip air,,

p/s serius  air paip memang sejuk time2 hujan cmni,,
ilham datang atas dasar kesejukan,,
dan mungkin alasan malas nak mandi,,
berusahalah!!!

air paip menjadi sejuk apabila tiba musim hujan 1



Kampung ini tidak pernah menerima bekalan air paip sejak dari mula kemunculannya,,
Apa yang nak dihairankan,bukankah sudah cukup bekalan air yang Tuhan bekalkan melalui sumber yang dipanggil manusia sebagai semulajadi??
Tidak mengapalah jika tidak memberi satu keluarga RM1000 pun ketika tiba-tiba pilihanraya menjelma di kawasan kampung ini,,
Semulajadi itu sudah cukup berbakti dalam menghidupkan penghidupan orang-orang kampung,,

Dan bila tiba-tiba gerombolan-gerombolan manusia tiba-tiba muncul,,

Si anak kecil: siapa ini rakan? dan apa yang mereka bawakan untuk kita ,,


rakan si anak kecil : kutip sajalah apa-apa yang jatuh, lagi kamu bersoal, telah habislah hadiah-hadiah ini dikutip orang lain,,




seumur hidup anak kecil ini,dia hanya pernah melihat ibu,ayah,kakak,abang,adik,jiran-jiran dan mungkin juga dia menyedari akan kewujudan seorang ketua kampung,
tapi sungguh bukan orang-orang yang baru tiba lalu muncul dengan bermacam barang dan berjanji bermacam kata,,
apakah ini keadaan orang-orang dari kawasan yang bermandi nikmat mendapat bekalan air??
kecoh riuh seluruh kampung dengan bermacam-macam ganjaran,,
tiada yang menghiraukan satu sama lain melainkan mata yang terbeliak memandang nikmat-nikmat yang sedang direbut-rebut,,

berlari-larilah anak kecil, bagai Siti Hajar mencari air,,(sperti lirik lagu M.Nasir)
kerana larian anak kecil ini sekarang lebih berharga,
berharga oleh sebab banyaknya hadiah-hadiah dalam pelukannya,,
hadiah yang tadinya hanya sedikit, namun menjadi banyak dalam laluan ke rumah,,
hasil kutipan di sepanjang laluan, yang mungkin dicicirkan si tamak haloba yang mengendong hadiah dengan banyak, melebihi besar pelukan sendiri,
sehingga tidak menyedari berciciran hadiah berharga yang jatuh,,
kamu juga yang beruntung si anak kecil,,

Photograph of One of the narrow streets of Xijiang - China - Asia

Bila tiba di rumah,dijerit-jerit si anak kecil akan hadiah yang dibawanya,,
Yang ini untuk ayah,yang ini untuk ibu,yang ini untuk abang,yang ini untuk kakak dan yang ini untuk adik,,
Tiada siapa yang merampas dan merebut,,
melainkan ketika itu semua ahli keluarga berkerumun di kawasan tempat mandi,,

si anak kecil: apakah ini ibu? bukankah aku membawa hadiah dan sepatutnya kamu semua berkeliling ke arahku dan bukan disini,,
si ibu: bukan hadiahmu itu tidak menarik perhatian kami nak, lihat ini, sesuatu yang memudahkan kita telahpun kita miliki,,
si anak kecil: apakah ini ibu? keras dan berkilat,kemudian bersambung-sambung di sana sini,, hadiahku itu lebih cantik balutannya,,
si ibu: apakah rupa yang cantik kamu harapkan nak,,sedangkan kamu tidak pernah lagi mengetahui perihal benda yang buruk ini,, yang bersambung-sambung ini dinamakan paip,yang apabila dibuka,air lalu mengalir keluar.......

kegembiraan keluar mengalir sederasnya keajaiban yang ada di depan mata si anak kecil,,
begini rupanya yang dikatakan orang air paip,,

****************************************

end of incidental  *part 1
mungkin akan bersambung,,

Isnin, 17 Mei 2010

SIBU bertukar menjadi BISU





CUBA cari lagi perkataan lain dalam perkataan SIBU nie,,
  • BIUS
  • UBI
  • IBU
  • ISU
Mungkin ade lagi perkataan lain (cari sendiri saje)
yang aku tak nampak boleh dikeluarkan,,

Tapi perkataan pertama yang aku nampak adalah BISU,,
Persoalannya kenapa bisu???

mungkin semua tahu, pilihanraya yg baru je diadakan di Sibu,,
selesai dah,,
dan kemenangan dipertanggungjawabkan ke atas Pakatan Rakyat,,
melalui calon dari DAP,,
saya ulang,,
yang menang adalah Pakatan Rakyat,,

Persoalan lagi,,
mengapa saya ulang parti yang menang dan mengapa saya katakan Sibu menjadi bisu pada awal tadi??

Kamu boleh lihat sendiri rasanya,,
media2 seakan2 senyap sahaja,,
tidak heboh2 siapan yang menang,,
tidak seperti semase kemenangan BN di Hulu Selangor lepas,,

Serius seperti tiada apa2 yang berlaku,,
walaupun kemenangan hanya bermajoriti sebanyak 398 undi,,
MENANG TETAP MENANG bukan??

yang kelihatan hanyalah kebisuaan dan kelesuan,,
media yang selama ini dimaksudkan saluran informasi seakan2 hilang upayanya,,
entah di mana letaknya kekuatan sebenar media,,
mungkin hanya boleh menjadi pak lawak dan joker,,
bahan hiburan semata yang boleh diharapkan kualitinya,,

Bisukah anda??