Memaparkan catatan dengan label siasah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label siasah. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Jun 2010

diperbodohkan beberapa kali tapi masih susa nak berfikir bagi mengambil iktibar

What??
tajok yg panjang berjela-jela,,
uhh rilekss,, contents tk panjang pon,,
tajok yg panjang bukan untuk meng'psiko orang,,
entry ini bukan seperti note fisiologi,,,

Makcik Bedah(penjual kuih)
Makcik ni bukan apa,
kalau pas menang pilihanraya,habis bankrupt lah negara kita nie,,
takde sape nk beli karipap lazat mak bedah nie,,

Pak Midon(pesara tentera)
Pembangkang tu retinya berceramah aje,,
ke hulu ke hilir dok cakap macam2,,
ekonomi nie habis lingkup,,
mase dalam askar dulu................
(uh, mesti ada selit cerita askar dia jugak)

mungkin ada orang akan kate, takpelah, makcik ngan pakcik tu tak tau,,
tak blaja tinggi,,

ok, ape yang tak taunya?
tadi tu diorang ada kate pembangkang tak tau menau bab ekonomi,,
fakta gaknya tu, sebab muka dyorang sangat confident,,
fakta yang dimomok2kan dekat semua orang kampung,,

pas miskin,,
pas takde duit,,

kemudian kita tanya pula seorang makcik berijazah,,

Makcik Senah(guru penolong kanan koku)
isyy,, tengok jelah org pas tu,,
sikit2 mintak derma,,
memang takde class,,
cmner dyrang nak jadi kerajaan kalo miskin cmtu,,
diorang takde duit,,

kamu rase, ade class ke jawapan makcik senah nie?

2 baris ayat pertamanya memang benar,,
tapi 2 baris lagi memang otak cetek makcik ni,,

cuba makcik pikir sikit,,
macam kat skolah,,
yang mentadbirnya pengetua kan,,(anggap sebagai kerajaan)
kemudian dibantu beberapa penolong,,
pengetua hanya jalankan urusan mentadbir,
tapi sekolah tu bukanlah harta mak bapak dia kan?
kalo sekolah tu besar ke diperbuat daripada emas ke,
tetap bukan harta si pengetua,,
macam tu gak negara kite nie,,
sori, mane lagi dapat duit tu kalo bukan duit rakyat malaysia nie?

sebelum jadi kerajaan,,
macam mane nak buktikan sepenuh kemampuan?


p/s :berhenti apabila terasa berjela-jela
pemikiran yang disumbat2 dengan fakta merepek2,,
memaksa ala diktator,,

Ahad, 23 Mei 2010

sekali lagi terlupa menulis tajuk,,

Tak sampai sejam pon Anwar berceramah tadi,,
serious tk brape puas dengar status-status terkini isu politik yang lancar keluar dari mulut seorang pemidato,,
Dengan makcik-makcik yang dok berborak di kanan kiri,,(tkyh dtg kot)
Budak-budak yang tak dicontrol oleh mak bapak sendiri,,sangat-sangat bising,,
Pakcik-pakcik yang selamba duduk atas kerusi lantas menghalang pemandangan ramai orang kat belakang,,
Rasa agak sakit hati saje,,
Ambil inisiatif berdiri sepanjang ceramah tu,,
Baru puas hati,,

time aku sampai Tian Chua sedang berceramah,,
specifically tentang pilihanraya di Sibu hari tu,,
dan kemudian diganti-ganti dengan ramai penceramah lain sebelum dipuncakkan dengan ceramah dari Anwar,,
banyak benda menarik,,

dan yang nak aku kongsi berkenaan isu calon pkr, parlimen hulu selangor yang dikatakan dulunya pernah terlibat dengan arak,,
dikutuk dengan berbagai kutukan,menunjukkan aib si calon yg kononnnya tidak bermoral,,
dia mengakui tetapi itu waktu dulu ketika dalam U_N_,,
bising giler isu nie hari tu,,
dan kalo effect pon adalah kpda undi Melayu,,

yang menariknya,kata Anwar,,
ada seorang ahli parlimen pembangkang bertanya kepada ahli-ahli parlimen U~ yang lain,,
Siapa yang berani cakap dia tak pernah sentuh arak??
Errr tiada seorang pun dari pihak mereka yang berani mengaku melainkan tunduk dan bertekur malu sendiri,,
ingatkan bising-bising kesalahan orang,diri sendiri tak pernah buat,,
rupanya mereka nie....................(buzer)

lebih baik selepas melakukan kesilapan itu kita sedar dan insaf,
dari terus menerus melakukan kesilapan,,

banyak trial aku buat nak ambik gmbar tapi sume blur saje,,
tapi mintak gak acik ambikkan gambar sebab dy urusetia,,

anwar dan acik aku,, isy2 jeles gak

uhh sangat ramai orang malam tadi,,

p/s: buku sherlock holmes(study of scarlet) terjemahan bahasa melayu  dah release,,
saya nak satu!!!